fbpx
dijatuhi hukuman penjara

Lima Rakan Ceroboh Tahfiz Serta Cederakan Guru, Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Denda

Majistret Siti Aisyah telah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda sebanyak RM2,000 kepada kesemua tertuduh. Sekiranya gagal menjelaskan denda tambahan enam bulan penjara akan dikenakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

5 lelaki yang menceroboh sebuah pusat tahfiz selain menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru pada 11 Ogos lalu, telah dijatuhi hukuman penjara serta denda di Mahkamah Majistret Lipis, Pahang pada Khamis (18 Ogos).

Lima sekawan tersebut, Wan Haris Wan Ismail, 38, Zulkifli Mohd Nasir, 27, Azraen Che Mat Noor, 43, Mohd Amirul Afif Che Mat Noor, 29, dan Rizuwan Hazmi, 47, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Arah semua tertuduh dipenjara dari tarikh ditangkap

Memetik laporan Astro Awani, di dalam penghakimannya, Siti Aisyah turut mengarahkan semua yang tertuduh dihukum penjara mulai dari tarikh mereka ditangkap.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pihak mahkamah mendapati kesemua yang dituduh bersalah dengan niat untuk menceroboh di kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras, Lipis, Pahang pada jam 5.10 petang, 11 Ogos lepas.

Lima rakan terbabit didakwa di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Kelima mereka dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM2,000

Majistret Siti Aisyah, telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan serta dikenakan denda RM2,000 dan tambahan enam bulan penjara kepada tertuduh sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut.

Tiga lagi dikenakan penjara tambahan 8 bulan dan denda RM1,000

Tiga mengaku salah cederakan guru

Dalam pada itu, sewaktu perbicaraan yang sama, mendapati tiga daripada yang tertuduh iaitu Wan Haris, Zulkifli dan Azraen secara sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru, Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid yang berusia 26 tahun.

Ketiga rakan itu turut dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiga lagi dikenakan penjara tambahan 8 bulan dan denda RM1,000

Siti Aisyah kemudian memerintahkan ketiga-tiga mereka dijatuhi lapan bulan penjara dan denda RM1,000 atau tambahan selama enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Abdul Ghafar Ab Latif serta Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif dan mereka yang tertuduh turut diwakili peguam Fariha Nuzuruhan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Minta hukuman setimpal kepada tertuduh

Riffah Izzati sewaktu perbicaraan dilakukan, meminta agar hukuman yang setimpal diberikan kepada lima tertuduh kerana insiden tersebut turut menarik perhatian orang ramai serta menyebabkan kemarahan masyarakat di atas tindakan yang dilakukan di pusat tahfiz berkenaan.

Insiden tersebut turut memberikan kesan seperti rasa takut, trauma serta mendatangkan ancaman terhadap institusi pendidikan terutama kepada pelajar dan juga guru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.