fbpx
Now Reading
Insiden Letupan Di KLFW, Pavilion KL Disyaki Berpunca Dari Litar Pintas [Video]
Letupan di Pavilion

Insiden Letupan Di KLFW, Pavilion KL Disyaki Berpunca Dari Litar Pintas [Video]

Insiden itu turut dikongsikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi yang secara kebetulan berada di situ kerana sedang menanti giliran untuk masuk bagi pertunjukan sebuah jenama baju di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kuala Lumpur Fashion Week 2022 yang diadakan di Pavilion, Bukit Bintang merupakan salah satu platform yang sering dinantikan oleh mereka yang berada di dalam industri fesyen.

Malah apa yang lebih menarik acara yang berlangsung dari 17 Ogos hingga 21 Ogos ini turut membuka peluang kepada para pengemar fesyen untuk melihat selebriti dan pereka fesyen yang hadir memperagakan fesyen mereka tersendiri.

Tular video insiden letupan di KLFW2022

Namun, semalam (21 Ogos) sebelum acara berprestij ini melabuhkan tirainya tular satu video di media sosial yang memaparkan satu insiden letupan berlaku di pusat beli belah tersebut.

Video itu telah dikongsikan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi di laman TikTok miliknya yang menunjukkan sekumpulan pihak berkuasa sedang berusaha memadamkan api letupan tersebut.

Pak Nil sedang tunggu giliran untuk masuk berjalan memperagakan baju

Jelas pengacara yang mesra dikenali sebagai Pak Nil, dia ketika itu kebetulan berada di situ kerana sedang menunggu giliran untuk masuk bagi memperagakan baju di pentas KLFW 2022 untuk sebuah jenama baju.

“Pak Nil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk (petunjukan) baju, tiba-tiba..,” kata pengacara itu.

Dapat dilihat api letupan sebelum ia dipadamkan

Dalam video berdurasi selama 30 saat itu juga, dapat dilihat dengan jelas api letupan di lokasi tersebut sebelum pihak berkuasa dengan segera menyembur alat pemadam api untuk mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Menurutnya, insiden yang terjadi di bahagian belakang pentas itu turut mengeluarkan bau asap serta membuatkan suasana di situ menjadi kelam kabut.

@datukaznilnawawi

Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co Tiba2….

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Letupan disyaki berpunca dari litar pintas, pihak JPBM tidak terima sebarang aduan

Menerusi laporan Harian Metro, insiden letupan tersebut disyaki berlaku berpunca daripada litar pintas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima pihaknya berhubung insiden tersebut.

“Kami sudah menghubungi pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu dan dimaklumkan bahawa kejadian letupan itu membabitkan pendawaian dipercayai akibat litar pintas.

“Kejadian kira-kira 6 petang itu berjaya dikendalikan oleh pihak pengurusan bangunan,” jelasnya ketika dihubungi media.

PDRM juga maklum tiada laporan diterima berhubung insiden letupan

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, sewaktu dihubungi menyatakan tiada sebarang laporan diterima tentang insiden letupan yang berlaku di pusat beli belah berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.