fbpx
Now Reading
“Saya Tak Redha Rakyat Malaysia Jamah Fitnah” – Najib Angkat Sumpah Muhabalah, Nafi Terlibat Kes SRC [Video]

“Saya Tak Redha Rakyat Malaysia Jamah Fitnah” – Najib Angkat Sumpah Muhabalah, Nafi Terlibat Kes SRC [Video]

Di dalam sumpah yang dibaca oleh Najib, beliau sekali lagi menafikan terlibat dalam kes penyelewengan dana syarikat tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah muhabalah di Masjid Kampung Baru di hadapan jemaah masjid pada malam semalam (21 Ogos).

Sumpah yang dibuat oleh Najib berkenaan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dan menjelang prosiding rayuan akhir kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini

Najib nafi terlibat dalam kes SRC

Dalam sumpah yang dibacanya, Najib sekali lagi menafikan beliau terlibat dalam kes SRC serta tidak mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah syarikat terbabit untuk menyeleweng apa-apa dana syarikat kena dalam akaun bank miliknya untuk sebarang tujuan.

“Sejak aku diberikan amanah memimpin negara Malaysia sehingga kini aku tidak pernah, pertama, pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana RM42 juta itu datangnya dari syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam sumpah itu.

Dakwa tidak pernah wujudkan SRC bagi tujuan peribadi atau keluarga

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkup apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluarga.

Semalam, selepas solat Isyak, Datuk Seri Najib Razak dan Jemaah masjid yang lain melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu.

Najib ketika berucap berkata, beliau berharap agar mendapat keadilan sewajarnya dan dapat membuktikan kebenaran yang sebenar.

Bersihkan nama diri, keluarga dan tak redha rakyat jamah fitnah

“Semoga Allah SWT memudahkan dan mengampunkan segala dosa kita, saya berdiri di sini atas tujuan pertama sebagai hamba Allah saya ingin membersihkan nama saya dan memohon pertolongan pada Allah SWT.

“Yang kedua, saya tidak redha, rakyat Malaysia menjamah fitnah seperti yang telah berlaku secara berterusan dan ketiga saya nak bersihkan nama keluarga saya dan juga nama arwah bonda  dan bapa saya,” katanya.

Hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta

Najib mengemukakan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram serta pertuduhan pecah Amanah pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan untuk ditangguh sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.