fbpx
laporan pelajar dipindahkan tak tepat

MRSM Kuantan Nafi Ada Pelajar Diambil Tindakan Disiplin dan Dipindahkan, Dakwa Laporan Tidak Tepat

Menurutnya, laporan berita yang dikeluarkan didapati tidak tepat kerana tiada kes gangsterism atau buli d MRSM berkenaan seperti di dalam kenyatan yang dikeluarkan oleh polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang memaklumkan laporan media mengenai beberapa pelajar mereka diambil tindakan disiplin dan dipindahkan kerana kes buli adalah tidak tepat.

Laporan tidak tepat, tiada kes gengsterism atau buli di MRSM Kuantan

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi MRSM Kuantan, pegawai daripada Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Adham Hatta Ab Samad berkata, terdapat laporan berita yang didapati tidak tepat selepas sesi sidang media bersama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, YB Datuk Haji Hasbi Habibollah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA di Kuching, Sarawak, semalam (22 Ogos).

Kes masih dalam siasatan polis

“Beberapa media telah mengeluarkan berita dan didapati konten tersebut adalah tidak tepat. Justeru saya mohon untuk berita tersebut di tarik balik kerana tidak terdapat kes gangsterism atau buli di MRSM Kuantan sepertimana kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

“Kes yang berlaku masih di dalam siasatan pihak polis dan pelajar yang mendakwa menjadi mangsa telah dibawa pulang oleh ibu bapa pelajar terlibat,” tulisnya di Facebook.

Adham Hatta dalam masa sama, turut meminta kerjasama dari rakan-rakan media untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara itu.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pelajar di MRSM tersebut yang terlibat dengan kes buli telah diambil tindakan disiplin dan dipindahkan ke tempat lain.

Foto: FB Rasmi MRSM Kuantan
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.