fbpx
Now Reading
Najib Sah Ke Penjara, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Terakhir Kes SRC

Najib Sah Ke Penjara, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Terakhir Kes SRC

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini (23 Ogos) menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Jelas Tengku Maimun, sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan selain hukuman itu tidak keterlaluan.

“Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.

“Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” kata Tengku Maimun sewaktu mengumumkan keputusan.

Najib jalani hukuman penjara hari ini

Dengan keputusan di akhir prosiding itu, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya di Penjara Kajang berkuat kuasa serta merta hari ini.

Keputusan ini juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.

Najib bakal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen

Keputusan ini juga sekaligus akan menyebabkan Najib hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Ini kerana Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan secara automatik sekiranya dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 jika tidak mendapat pengampunan bebas.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib dan pihak pembelaan supaya Tengku Maimun yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram sewaktu prosiding turut mempersoalkan mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan berhubung perkara itu lebih awal walhal mereka sudah mengetahui mengenai hantaran tular di laman Faceebook oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17 Ogos lalu

Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan berkenaan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.