fbpx
Now Reading
‘Catwalk’ Sambil Pamer Rokok, Tindakan Noh Salleh Ditegur DG Noor Hisham
'Catwalk' sambil pegang rokok, Noh Salleh di tegur DG Noor Hisham

‘Catwalk’ Sambil Pamer Rokok, Tindakan Noh Salleh Ditegur DG Noor Hisham

DG Noor Hisham dalam masa sama turut menyeru orang ramai termasuk artis dan selebriti untuk bersama-sama membantu usaha KKM dalam mengekang budaya merokok di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi penyanyi, Noh Salleh yang berjalan di atas pentas pertunjukan Kuala Lumpur Fesyen Week 2022 (KLFW2022) sambil memegang sebatang rokok yang tidak bernyala di tangannya.

Aksi bersahaja dan selamba yang dilakukannya itu bagaimanapun telah mengundang kekecohan di kalangan netizen yang kurang senang dengan perbuatan itu sehingga ia turut menjadi perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KKM pandang serius tindakan tunjuk rokok dan vape depan khalayak ramai

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Facebook miliknya, Dr Noor Hisham tampil menegur Noh dan memaklumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius tindakan artis yang menunjukkan tingkah laku seperti merokok dan meghisap vape di hadapan khalayak ramai.

Jelas DG Hisham, perbuatan itu menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap masyarakat sekeliling khususnya kepada kanak-kanak serta remaja.

Beri contoh tak baik pada masyarakat

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

“Dari sudut kesihatan, perbuatan merokok atau menghisap vape sememangnya mendatangkan kemudaratan baik kepada perokok dan orang sekeliling mereka,” jelasnya.

Selebriti bertanggungjawab untuk tunjuk sikap dan teladan yang baik, seru orang ramai bantu KKM

Menurutnya juga, sebagai seorang selebriti, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkah laku dan menjadi teladan yang baik kepada kerana sering menjadi perhatian serta akan menjadi ikutan kepada masyarakat.

Beliau dalam masa sama, turut meminta orang ramai termasuk artis dan selebriti untuk bersama-sama membantu KKM mengekang budaya merokok di kalangan rakyat di negara ini.

“Ini juga adalah selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat Malaysia.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagi satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, penyanyi yang berusia 38 tahun itu pernah melakukan perkara yang hampir sama apabila dia bertindak untuk menghisap rokok elektronik dan kemudian menghembusnya ketika ditemubual oleh media pada bulan Julai lepas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.