fbpx
Now Reading
Mahkamah Sahkan Deraf Penghakiman Najib Bocor & Diubah Suai, Laporan Polis Sudah Dibuat

Mahkamah Sahkan Deraf Penghakiman Najib Bocor & Diubah Suai, Laporan Polis Sudah Dibuat

Istana Kehakiman Putrajaya menerusi satu kenyataan bagaimanapun menjelaskan deraf yang bocor itu bukanlah kerja yang sudah dimuktamadkan malah telah diubah suai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Mahkamah Persekutuan semalam (24 Ogos) sudah pun menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sekaligus mengarahkannya menjalani hukuman penjara yang berkuat kuasa serta merta.

Selain Tengku Maimum, empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Namun di sebalik keputusan tersebut, media sosial hangat memperkatakan mengenai kebocoran dokumen keputusan penghakiman di laman milik blogger, YM Raja Petra Kamarudin walhal kes ketika itu masih lagi berjalan.

Asyraf Wajdi luah rasa terkejut, maklum akan buat laporan polis

Mula dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebok miliknya, beliau kemudian memaklumkan pihaknya akan membuat satu laporan polis agar ianya dapat disiasat.

“Dokumen ini mula dimuat naik di laman web Malaysia-Today, dan tular dalam banyak grup WhatsApp dan media-media sosial.

“Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli? Apakah ada agenda jahat untuk memperkotak-katikkan prinsip keadilan dalam negara?

“Perlu ada penafian segera daripada pihak Mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara. Pemuda UMNO akan membuat laporan polis petang ini (semalam) agar satu siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen ini,” tulis Asyraf lagi.

Mahkamah sahkan draf bocor namun bukan kerja muktamad sebaliknya diubahsuai

Terbaharu malam tadi, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengesahkan berlaku kebocoran pada deraf penghakiman tersebut.

Istana Kehakiman Putrajaya menerusi satu kenyataan bagaimanapun menjelaskan deraf yang bocor itu bukanlah kerja yang sudah dimuktamadkan malah telah diubah suai.

“Pejabat ini mengesahkan bahawa deraf kerja penghakiman yang telah bocor itu merupakan deraf kerja yang belum dimuktamadkan.

“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di Mahkamah Terbuka pada lebih kurang jam 4 petang pada tarikh yang sama.

“Didapati bahawa dokumen yang bocor itu telah diubahsuai,” tulis pada kenyataan tersebut.

Turut lakukan siasatan dalaman

Menyifatkan perbuatan itu sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan sudah membuat satu laporan polis selain turut memulakan penyiasatan dalaman.

“Pejabat ini menegaskan bahawa Badan Kehakiman tidak akan diganggu gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistemkehakiman negara.”

Pejabat Ketua Pendaftar, Istana Kehakiman Putrajaya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.