fbpx
Now Reading
Pengamal Perubatan Kerugian RM1.3 Juta, Jadi Mangsa Sindiket Jual Kereta Potong Dari Singapura
Pengamal perubatan terpedaya sindiket potong kereta alami kerugian RM1.3 juta

Pengamal Perubatan Kerugian RM1.3 Juta, Jadi Mangsa Sindiket Jual Kereta Potong Dari Singapura

Pengamal perubatan tersebut pada awalnya berminat selepas melihat iklan di dalam Facebook sebelum bertindak membuat transaksi bernilai RM1.3 juta kepada suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pengamal perubatan mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta apabila terpedaya dengan satu sindiket penipuan penjualan kereta potong dari negara jiram.

Namun, apa yang meranjatkan perkhidmatan dari Singapura itu langsung tidak wujud.

Tertarik iklan dalam Facebook

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan lelaki yang berusia 34 tahun itu disyaki mula berminat selepas melihat iklan di dalam Facebook sekitar akhir Julai lepas.

Jelasnya, mangsa lalu bertindak menekan link iklan tersebut sebelum meneruskan komunikasi dengan suspek dalam aplikasi WhatsApp.

Pengamal perubatan disyaki nak mulakan perniagaan

“Mangsa ini dipercayai mungkin hendak memulakan perniagaan menjual alat ganti kenderaan, jadi dia mahu membeli kereta ‘scrapped’ dari Singapura.

“Dia tidak pernah berjumpa dengan penjual secara fizikal, hanya berhubung menerusi dalam talian,” jelasnya semasa dalam sidang media.

Buat transaksi pindahkan wang RM1.3 juta

Menurut beliau, pengamal perubatan itu lalu membuat beberapa transaksi untuk memindahkan wang bernilai RM1.3 juta ke akaun yang dipercayai milik suspek dari 1 hingga 19 Ogos lepas.

Namun, pada 20 Ogos lalu mangsa telah membuat laporan selepas menyedari dia ditipu dengan suspek apabila tidak berjaya menghubunginya.

Polis minta rakyat bantu salur maklumat dan beri cadangan tangani isu ‘scammer’

Sementara itu, Kamarul Zaman turut meminta agar rakyat di negara ini membantu pihak polis untuk memberikan maklumat atau sebarang cadangan bagi melakukan satu cara terbaik dalam menyelasaikan kes ‘scammer’ yang semakin berleluasa.

“Kita tidak faham, kenapa masih ada lagi individu yang boleh tertipu dengan helah dan janji-janji palsu ‘scammer’ ini.

“Saya mohon beri cadangan kepada polis untuk sama-sama sedarkan masyarakat tentang isu ini supaya tiada lagi individu yang kehilangan wang begitu sahaja.

“Kita kena ingat dan janganlah mudah percaya tentang pulangan atau hadiah-hadiah ditawarkan kerana tidak ada orang akan beri sesuatu secara percuma kepada kita tanpa balasan,” ulas Kamarul Zaman lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.