fbpx
Now Reading
Buruh Binaan Tetak Penghantar Barang Gara-Gara Tuntut Hutang Bayaran Kerja

Buruh Binaan Tetak Penghantar Barang Gara-Gara Tuntut Hutang Bayaran Kerja

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, pihak polis telah berjaya menahan suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan di Taman Dagang, kira-kira jam 11.00 malam semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menuntut hutang bayaran kerja daripada seorang individu, seorang penghantar barang cedera ditetak dengan sebilah parang dalam kejadian di Jalan Mulia 1/1, Taman Mulia Jaya, Ampang semalam (25 Ogos).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 41 tahun bersama rakannya berada di sebuah kedai di lokasi kejadian pada 7.10 malam.

Suspek kejar mangsa dengan parang sebelum menetak

“Mangsa kemudian melihat suspek memegang parang panjang lalu mengejarnya sebelum ditetak menggunakan senjata itu.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian lengan kiri serta kaki kanan dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kerana mangsa menagih bayaran hutang kerja daripada suspek menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan tuntutan hutang itu.

Suspek berjaya ditahan

Susulan itu, Farouk berkata, pihak polis telah berjaya menahan suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan di Taman Dagang, kira-kira jam 11.00 malam semalam.

“Kami turut merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu. Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah,” katanya.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.