fbpx
Now Reading
“Ada Keretakan Dalam Kepala” – Bayi Perempuan Maut Selepas Dihantar Ke Rumah Pengasuh

“Ada Keretakan Dalam Kepala” – Bayi Perempuan Maut Selepas Dihantar Ke Rumah Pengasuh

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di HAS dengan keputusan hasil bedah siasat adalah ‘pending laboratory investigation.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam, baru-baru ini.

Nur Awliya Delisha Mohd. Khairul yang berusia 10 bulan itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hosptal Shah Alam (HAS).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira pukul 8 malam pada 19 Ogos lalu.

Mangsa tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuh

Menurutnya, berdasarkan siasatan bapa mangsa dan isterinya telah pergi ke rumah pengasuh pada pukul 4 petang setelah dimaklumkan bahawa anaknya tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan di Hospital Pakar Shah Alam (SALAM), di Seksyen 19 mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki ada pendarahan di otak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di HSA selang tiga hari kemudian dengan keputusan hasil bedah siasat adalah ‘pending laboratory investigation.

Pengasuh sedang hamil 5 bulan dan menjaga 8 orang kanak-kanak

Beliau berkata, siasatan turut mendapati pengasuh bayi itu berusia 36 tahun dan didapati sedang mengandung lima bulan.

“Pengasuh itu menjaga lapan orang kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya lagi.

Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.

Bapa mangsa buat hantaran di laman FB

Terdahulu, bapa mangsa membuat hantaran di laman Facebook miliknya mengenai kejadian yang menimpa anak kesayangannya itu.

“Petang tadi makluman dari pengasuh anak tak sedarkan diri, sampai rumah pengasuh tengok anak dah lembik tak bermaya.

“Bawa ke hospital dan periksa (check) ada keretakan dan pendarahan dalam kepala,” tulisnya di kapsyen.

Mangsa meninggal dunia selepas 3 hari di hospital

Tiga hari kemudian, bapa mangsa sekali lagi membuat hantaran di laman FB memaklumkan kepada semua bahawa anak sulugnya itu itu telah meninggal dunia.

Jangan buat spekulasi yang tidak betul

Menerusi kemas kini terbaru di laman FB, dia juga meminta agar tiada pihak yang melakukan sebarang spekulasi yang tidak betul mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.