fbpx
Now Reading
Bank Negara Senaraikan OctaFX Sebagai Amaran Kewangan Pengguna
BNM letak OctaFX dalam senarai amaran kewangan pengguna

Bank Negara Senaraikan OctaFX Sebagai Amaran Kewangan Pengguna

BNM telah menyenaraikan OctaFX dalam senarai Makluman Pengguna Kewangannya yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan entiti atau skim yang boleh menyebabkan ia disalah anggap atau diwakili seperti dilesenkan atau di kawan oleh bank pusat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menerusi satu kenyataan media memaklumkan pihaknya sudah menambah platform dagangan OctaFX ke dalam senarai Amaran Makluman Pengguna Kewangan.

Menerusi laporan The Star, senarai yang terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak mendapat kelulusan oleh bank pusat itu dikeluarkan pada Isnin, 29 Ogos.

Senarai amaran ini turut merangkumi laman web rasmi OctaFX selain akaun media sosial mereka seperti YouTube, Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram serta Telegram.

BNM keluarkan senarai berfungsi sebagai panduan untuk tingkatkan kesedaran

Menurut BNM, senarai tersebut berfungsi sebagai panduan kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili seperti dilesenkan atau dikawal oleh bank pusat.

Katanya lagi, senarai tersebut dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai, selepas melakukan penilaian yang diperlukan terhadap entiti dan skim yang telah dilaporkan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) turut menambah OctaFX dalam senarai Makluman Amaran untuk para pelabur.

Gesa orang ramai lebih berhati-hati

BNM dalam masa sama turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati apabila melabur dalam mana-mana entiti mahupun skim kewangan, manakala SC pula menggalakkan masyarakat untuk memberi maklumat tentang sebarang aktiviti pasaran modal yang mencurigakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang senarai yang telah dikemas kini bagi Makluman Pengguna Kewangan, anda boleh menekan pautan yang diberikan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.