fbpx
Now Reading
Mayat Pemandu E-Hailing Dijumpai Dalam But Kereta, 7 Warga Asing Ditahan
7 warga asing ditahan

Mayat Pemandu E-Hailing Dijumpai Dalam But Kereta, 7 Warga Asing Ditahan

Pemandu e-hailing tersebut dijumpai mati di dalam but kereta belakang dalam keadaan kaki yang berikat dengan kain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 7 orang warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang pemandu e-hailing di dalam but kereta dengan kaki terikat di Jalan Tugu, Kuala Lumpur, semalam (29 Ogos).

Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua orang wanita.

Warga Asing ditahan berusia 20 hingga 24 tahun

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya memaklumkan, lima yang diberkas pada jam 12.45 tengah hari merupakan warga asing yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita yang berusia 20 hingga 24 tahun.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis sekali lagi melakukan serbuan pada pukul 4 petang dan menangkap dua lagi warga asing terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia 26 tahun dan 22 tahun.

“Kesemua tangkapan ini akan dipohon reman esok (30 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serta punca insiden berlaku.

Pemandu dijumpai mati dalam but kereta dan alami kecederaan

Sebelum ini, seorang lelaki warga tempatan dipercayai pemandu e-hailing yang berusia 41 tahun telah ditemui mati dalam but kereta dengan keadaan kaki diikat bersama kain selain mengalami kecederaan di bahagian muka serta telinga di ibu kota.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu, seramai dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah berjaya menjejaki sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza di Bulatan Hishammuddin yang berdekatan Bank Negara, Kuala Lumpur, selepas ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pihaknya kemudian dengan segera mengejar kenderaan tersebut sebelum ia diberhentikan di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan, empat penumpang bersama seorang wanita telah melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu.

Foto: Polis KL
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.