fbpx

“Total Lost” – Sempat Tulis Karangan Kemalangan, Pelajar Maut Terlibat Dalam Nahas Jalan Raya

Allahyarham menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang menceritakan kenderaan yang dinaiki keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang pelajar seakan-akan tahu nasib yang bakal menimpa dirinya selepas dia menulis karangan berkisar tentang satu kemalangan jalan raya ketika sedang bercuti.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati itu seakan telah mendapat firasat mengenai percutian keluarganya akan bertukar tragedi.

Allahyarham Danial Danish Mohd Ali, 14 maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 pada Sabtu lalu (28 Ogos).

Difahamkan Allahyarham menulis karangan tersebut bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang menceritakan kenderaan yang dinaiki keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Kereta keluarga saya dirempuh” – Danish

“Pada ketika itu di tengah jalan raya sesak dan ada kereta merempuh kereta keluarga saya. Selepas dia merempuh dan kereta saya tidak boleh bergerak langsung.

“Keluarga saya telefon ‘towing’ (trak tunda), saya dan mak saya ikut orang yang menolong di tempat tadi dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang hingga pukul 3 pagi,” tulisnya di dalam karangan itu.

Dalam karangan itu Allahyarham juga menulis, ‘saya bosan menunggu ‘towing’ ambil kita orang dan kereta itu ‘total lost’.

Guru mangsa sedang menanda karangan pada malam kejadian

Menurut laporan Berita Harian yang memetik FMT, ketika pada malam nahas itu berlaku, guru Danish sedang menanda karangan pelajar, termasuk kertas karangannya.

Pada keesokannya, selepas mendapat berita mengenai kemalangan itu, guru tersebut menyemak semula karangan Danial dan terkejut dengan kandungannya.

Ibu saudara Danial, Azlina Mohamad, 44 memberitahu dia tergamam melihat butiran dalam karangan anak saudarannya.

“Karangan arwah (Danial) mengejutkan saya. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan mengenainya,” katanya.

Tangkap layar karangan sepanjang 159 patah perkataan itu dikongsi bapa saudara Danial, Azreen Mohamad di Facebook.

Mungkin hanya kebetulan sama dengan kejadian

“Dapat SS (tangkap layar) karangan anak buah yang meninggal, karangan yang ditulis seolah-olah menceritakan hal sebelum kemalangan sebenar berlaku, mungkin isi karangan kebetulan mirip kejadian sebenar, semoga syurgalah tempat kamu, wahai Muhammad Danial Danish,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ibu Danial, adik serta tiga sepupunya masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Temerloh.

Datuk dan nenek turut maut dalam kemalangan

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Danial bersama datuk, Mohmed@Mohamed Shamsuddin, 75 dan neneknya, Kamariah Hamzah, 72, meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Sebuah treler terbabas ke lorong kecemasan merempuh PROTON Exora dinaiki keluarga itu ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke Terengganu dari ibu negara.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila PROTON Exora yang mengalami kerosakan sedang dinaikkan ke trak penunda di lorong kecemasan sebelum dirempuh treler terbabit. Turut dirempuh adalah sebuah PROTON Waja dinaiki empat sekeluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.