fbpx
Now Reading
Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan, Baru Fail Petisyen Pengampunan Pada 2 September – Art Harun

Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan, Baru Fail Petisyen Pengampunan Pada 2 September – Art Harun

Menurut laporan FMT, kenyataan media ini dikeluarkan tidak sampai beberapa jam selepas Azhar Azizan memaklumkan kelayakan Najib sebagai MP akan berakhir esok (Selasa).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen (MP) Pekan, masih kekal buat masa ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi satu kenyataan media berkata, ianya berikutan Najib sudah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat (2 September) lalu.

“Status MP hanya dapat dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan.”

Jelas beliau, petisyen pengampunan itu difailkan dalam tempoh 14 hari. Ini sekaligus menjadikan status Najib sebagai Ahli Parlimen hanya dapat ditentukan selepas proses pengampunan itu selesai.

“Kuat kuasa Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 48(4) PP dan Perkara 53(2) PP. Dalam hal ini, Perkara 48(4)(c) memperuntukkan bahawa sekiranya satu petisyen pengampunan difailkan oleh Ahli Parlimen yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen berkenaan hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (sekiranya petisyen ditolak).

“Oleh yang demikian, memandangkan petisyen pengampunan telah difailkan oleh YB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Perkara 42 PP pada 2hb September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (jika petisyen Najib ditolak).

“Ini bermakna status Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan,” kata beliau di dalam kenyataan media bertarikh 5 September itu.

Kenyataan media ini turut dikongsikan pengasas bersama Parti MUDA, Lim Wei Jiet di akaun Twitter miliknya.

Menurut laporan FMT, kenyataan media ini dikeluarkan tidak sampai beberapa jam selepas Azhar Azizan atau lebih dikenali dengan panggilan Art Harun memaklumkan kelayakan Najib sebagai MP akan berakhir esok (Selasa).

“Status akan berakhir esok,” katanya dipetik dari FMT selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.

Terdahulu pada 24 Ogos, Art Harun memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu bakal kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen secara automatik selepas 14 hari jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.