fbpx
Now Reading
Jabatan Penjara Nafi Najib Ditempatkan Di Rumah Pegawai Penjara Kajang

Jabatan Penjara Nafi Najib Ditempatkan Di Rumah Pegawai Penjara Kajang

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, Najib didakwa tidak mendiami sel sebaliknya ditempatkan di rumah pegawai penjara Kajang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2022/09/05/baru-fail-petisyen-pengampunan-pada-2-september-najib-kekal-ahli-parlimen-pekan-art-harun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=baru-fail-petisyen-pengampunan-pada-2-september-najib-kekal-ahli-parlimen-pekan-art-harun

Jabatan Penjara Malaysia hari ini (7 September) menolak dakwaan yang kononnya bekas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditempatkan di dalam sebuah rumah untuk para pegawai di Penjara Kajang.

Jabatan Penjara menerusi satu muat naik di laman Facebook rasmi memaklumkan, hantaran yang tersebar di WhatsApp itu adalah palsu dan tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” tulis jabatan itu ringkas sambil memuat naik satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular.

Menerusi perbualan tersebut Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, didakwa tidak mendiami sel sebaliknya ditempatkan di rumah pegawai penjara berkenaan.

“Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang jelaskan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

“Rumah tersebut adalah untuk pegawai senior penjara,” tulis pada mesej tular tersebut.

Sebelum ini timbul juga dakwaan yang mengatakan nama Ahli Parlimen Pekan itu tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia. Perkara itu kemudian menjadi perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Sebagai rekod, Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, beliau semalam (6 September) telah mengemukakan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.