Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Berkuat Kuasa Serta-Merta
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam tempat tertutup dan bangunan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi satu kenyataan berkata, ia sebaliknya kini atas pilihan pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau diberikan kelongaran.
“Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.”
Khairy Jamaluddin
Tambah KJ lagi, penggunaan pelitup muka bagaimanapun masih lagi diwajibkan di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, serta sewaktu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Menerusi kenyataan media itu lagi, selain dua kategori tersebut, pesakit Covid-19 juga masih diwajibkan untuk menggunakan pelitup muka.
3 situasi yang masih memerlukan pemakaian pelitup muka
Galakkan orang ramai terus kekal menggunakan pelitup muka
KKM menerusi kenyataan sama turut menggalakkan orang ramai untuk terus kekal menggunakan pelitup muka khususnya jika :
- Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli belah dan rumah ibadah.
- Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
- Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung
- Ketika melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.