fbpx
Now Reading
Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Pelakon Remaja Ditahan Polis

Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Pelakon Remaja Ditahan Polis

Polis turut merampas telefon bimbit milik bapa pelakon remaja berkenaan dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis untuk dianalisa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial berhubung isu seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual kepada bapa kandung.

Perkara itu, telah didedahkan oleh pelakon remaja terbabit menerusi satu rakaman video di Youtube.

Menerusi rakaman berkenaan, remaja itu mendakwa dirinya turut dipertontonkan dengan klip video lucah di dalam telefon bimbit milik bapa selain kebajikannya diabaikan.

Bapa kandung pelakon remaja ditahan

Terbaharu, polis memaklumkan bapa kepada pelakon remaja berkenaan sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 2.25 petang, semalam (7 September).

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, polis telah berjaya menahan lelaki yang berumur 43 tahun itu yang juga bapa kepada pelakon berkenaan.

Telefon dirampas untuk dianalisa, tiada rekod jenayah lampau

“Pihak polis turut merampas telefon bimbit dan ia akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis untuk dianalisa.

“Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” jelasnya lagi.

Akan ditahan reman selama enam hari

Jelasnya, bapa remaja berkenaan turut dibawa ke hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam dan akan ditahan reman bermula pada 7 September hingga 12 September untuk siasatan.

Terdahulu, suspek turut membuat laporan polis berhubung isu berkenaan selepas pendedahan yang dilakukan remaja tersebut menjadi tular di media sosial.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.