fbpx
Now Reading
Imam Di Melaka Didakwa Rogol & Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar

Imam Di Melaka Didakwa Rogol & Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar

Tertuduh yang juga seorang Kakitangan Jabatan Agama didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak berusia sembilan tahun hingga 13 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang Kakitangan Jabatan Agama dihadapkan dengan 12 pertuduhan di Mahkamah Seksyen kerana didakwa melakukan rogol, amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap adik iparnya, sejak lima tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Imam didakwa rogol adik ipar sejak berusia sembilan tahun

Berdasarkan enam pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang imam didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia sembilan tahun sehingga 13 tahun.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Turut dituduh lakukan amang seksual

Tertuduh turut berdepan dengan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK) dan dibaca bersama Seksyen 16(1) serta Seksyen 27(1) akta yang sama.

Melakukan persetubuhan tanpa persetujuan mangsa

Sementara itu, mengikut dua lagi pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan gadis tersebut.

Kesemua tuduhan itu didakwa berlaku antara September 2017 sehingga 13 Jun 2022 di dua lokasi berbeza dalam daerah Jasin.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan memohon agar jaminan tidak dibenarkan.

Wang jaminan RM120,000 dan tak dibenarkan mendekati mangsa

Kata pendakwaan, seandainya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, jaminan sebanyak RM120,000 dicadangkan bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Dalam pada itu, tertuduh yang diwakili Peguam Andrew Lourdes merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara 16 hingga 3 tahun yang masih bersekolah, selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 6 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.