fbpx

Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Jadi Punca Ejen Produk Kosmetik Diculik, Kata Polis

Sehubungan itu Polis Kelantan menahan tiga individu berusia 35 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita dan juga suami mangsa sendiri bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 September), rakyat Malaysia digemparkan dengan laporan media mengenai seorang ejen jualan kosmetik yang dilarikan dan diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, pada Selasa (13 September).

Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun telah dilarikan dengan menggunakan kenderaan Toyota Vios oleh tiga individu yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang.

Bapa mangsa yang cuba untuk menyelamatkannya bagaimanapun terpaksa berundur apabila seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo ke arahnya.

Isu tersebut turut menjadi perhatian pengguna media sosial selepas tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sewaktu insiden berlaku.

Baca artikel berkaitan : Tular Klip CCTV, Usahawan Merangkap Ejen Produk Kosmetik Dibawa Lari 3 Lelaki Naik Vios [Video]

Suami mangsa dipercayai terbabit aktiviti dadah

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan insiden dipercayai berpunca dari perselisihan antara ahli sindiket dadah.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dalam satu sidang media berkata, siasatan awal mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Foto : PDRM

Suami bersama 2 lagi individu ditahan bantu siasatan

Sehubungan itu pihaknya sudah menahan tiga individu berusia 35 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita dan juga suami mangsa sendiri bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka kini direman sehingga Sabtu (17 September).

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Suami ada rekod dadah

Tambah beliau lagi, siasatan turut mendapati suami mangsa yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala seorang lagi suspek ada tujuh rekod lampau, lapor Sinar Harian.

“Mengikut siasatan suami mangsa mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah penyeludupan manakala seorang lagi suspek lelaki, tujuh rekod lampau.

Artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.