Menurut SPRM, suapan itu diperoleh daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Gara-gara disyaki menerima suapan berupa sebuah kereta Honda Accord, seorang pengarah sebuah universiti awam di Melaka telah direman selama 7 hari bermula Selasa (20 September) hingga 26 September.
Menurut laporan Bernama, perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu media melaporkan lelaki berusia 50-an yang bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Alai, Melaka pada Isnin selepas hadir memberi keterangan berhubung kesalahan itu.
Menurut Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Mat, dia ditahan pada jam sekitar 3 petang selepas disyaki menerima suapan kereta mewah tesebut yang bernilai lebih RM174,500.
“Ia diperoleh daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350,” katanya menerusi kenyataan media.
Apa itu rasuah?
Sebagai rekod, SPRM mentakrifkan rasuah sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan juga hadir dari pelbagai bentuk termasuklah wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, dan juga diskaun.