fbpx

Lelaki Dipercayai Pukul, Pijak Kepala Anak Tiri Sudah Ditahan Polis

Kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Kerian itu bagaimanapun tidak menyebut bilakah tarikh suspek ditahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial pendedahan seorang gadis yang mendakwa dipukul oleh bapa tirinya.

Menerusi pendedahan yang dilakukannya di Instagram, gadis ini mendakwa telah dicekik, ditampar, ditendang di bahagian badan selain kepalanya turut dipijak oleh lelaki tersebut.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki ini menyebabkan dia mengalami kecederaan di anggota badan termasuk bengkak dan lebam pada bahagian muka.

Menerusi posting berbeza, dia yang mengaku masih ketakutan dan trauma dengan apa yang terjadi turut berkongsi satu gambar salinan laporan polis yang telah dilakukannya bertarikh 8 Ogos 2022.

Pendedahan-pendedahan ini kemudiannya mula tular selepas dikongsikan beberapa pengguna Twitter.

Terbaharu media melaporkan, bapa tiri mangsa sudah pun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul gadis tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat, penahanan itu susulan hantaran mengenai kejadian yang dibuat remaja berusia 19 tahun itu tular di media sosial.

“Suspek ditahan pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pengadu mendakwa mendapat kecederaan akibat dipukul oleh bapa tirinya dan hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa tiri kepada mangsa.

“Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Kerian itu bagaimanapun tidak menyebut bilakah tarikh suspek ditahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.