fbpx
Now Reading
Ugut & Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Pelajar IPT Warga Asing Ditahan Polis
miliki bahan pornografi kanak-kanak

Ugut & Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Pelajar IPT Warga Asing Ditahan Polis

Suspek difahamkan menggunakan aplikasi media sosial untuk berhubung dan perangkap mangsa dengan memberi ugutan bagi mendapatkan bahan pornografi tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang merupakan warga asing telah ditahan oleh sepasukan polis selepas didapati memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbit serta komputer ribanya di Seremban, Negeri Sembilan pada 19 September yang lalu.

Berdasarkan hasil siasatan mendapati individu berkenaan telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan menjerat mangsa serta membuat ugutan bagi mendapat bahan berunsur seksual (sextortion).

Mangsa kanak-kanak dari luar negara

Setiusaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapati kesemua mangsa merupakan kanak-kanak dari luar negara.

“Individu yang ditahan merupakan seorang pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun.

“Kejayaan penahanan adalah atas usaha kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat,” jelasnya.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di bawah dua seksyen

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi pertuduhan pada Khamis (22 September) mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 10 Akta yang sama.

Bagi Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahn Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga puluh tahun dan sebatan.

Manakala Seksyen 10 Akta yang sama boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.