fbpx
Now Reading
Kes VLN : Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Tuduhan Rasuah

Kes VLN : Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Tuduhan Rasuah

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pasukan pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (23 Sept) melepas dan membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas pasukan pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu Ahmad Zahid turut berdepan 7 tuduhan cuba mendapatkan wang tunai berjumlah SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama sewaktu menjawat tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dalam kes ini, pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani.

Sementara pasukan pembelaan yang mewakili Ahmad Zahid, dibarisi peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.