fbpx
Now Reading
Ulama Tersohor, Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

Ulama Tersohor, Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

Allahyarham Prof Sheikh Yusuf al-Qaradawi semasa hayatnya banyak menyampaikan dakwah dan menghasilkan ratusan karya ilmiah yang bermutu tinggi hingga menjadi rujukan para ulama di seluruh dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ulama tersohor, Prof Sheikh Yusuf al-Qaradawi dilaporkan meninggal dunia hari ini (26 September) pada usia 96 tahun di Qatar.

Khabar duka tersebut dikongsikan pengendali akaun Twitter Allahyarham sekitar jam 6.24 petang tadi (waktu Malaysia).

“Telah perginya imam yang mulia, Yusuf al Qaradawi yang menghabiskan hidupnya menerangkan hukum-hakam Islam, dan mempertahankan umat.

“Kami memanjatkan doa kepada Allah agar mengangkat darjatnya dalam derajat yang tinggi, ditempatkan bersama dengan para nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.”

Sheikh Yusuf, ulama kelahiran Mesir yang berpangkalan di Qatar merupakan Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) selain memimpin Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul Muslimin sebelum ini berjaya mencetuskan revolusi Mesir pada 2011 hingga tertumbangnya pemerintahan diktator Hosni Mubarak.

Allahyarham Yusuf bagaimanapun terpaksa hidup dalam buangan di Qatar selepas kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin digulingkan tentera pada 2013.

Beliau kemudian telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.

Arwah semasa hayatnya banyak menyampaikan dakwah dan menghasilkan ratusan karya ilmiah yang bermutu tinggi dalam bidang Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman Al-Quran dan Hadith, dan juga Tauhid hingga menjadi rujukan para ulama seluruh dunia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.