fbpx
Now Reading
15% Pelajar & Murid Di Johor Tergolong Dalam Kategori Obesiti Teruk
Pelajar di johor dalam kategori obesiti teruk

15% Pelajar & Murid Di Johor Tergolong Dalam Kategori Obesiti Teruk

Jelasnya, tahap kesedaran kepada pemakanan yang seimbang serta sekitar 15% pelajar berada pada kategori obesiti teruk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan corak pemakanan pelajar adalah sangat penting demi menjamin kesihatan mereka agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

Berat badan yang berlebihan bukan sahaja mengganggu kesihatan seseorang pelajar tetapi turut memberikan impak negatif kepada pembelajaran murid.

Pelajar daripada usia 18 tahun tergolong dalam obesiti teruk

Terbaharu, masalah obesiti di kalangan murid dan pelajar di negeri Johor berada pada tahap yang kurang memuaskan di mana sekitar15% daripada pelajar berumur 18 tahun ke bawah dikategorikan dalam masalah obesiti teruk.

Menurut laporan Kosmo, susulan perkara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu memohon ibu bapa serta penjaga agar memastikan pelajar mendapatkan makanan yang seimbang supaya tahap kesihatan penduduk di negeri tersebut berada dalam keadaan baik di masa depan.

Kesedaran pemakanan seimbang kurang

Foto: Malay Mail

“Tahap obesiti di negeri ini, masih belum memuaskan kerana kesedaran pemakanan seimbang masih lagi kurang. Dianggarkan 15% murid dan pelajar sekolah berada pada tahap obesiti teruk.

“Buat masa ini memang kita menumpukan kepada golongan usia berkenaan untuk memastikan mereka tidak melebihi berat badan dan mendapat pemakanan seimbang, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan segera,” jelasnya ketika ditemui.

Penjual makanan perlu pastikan makanan yang dijual bersih, selamat & berkualiti

Jelas beliau, pihak kesihatan turut meminta para peniaga yang menjual makanan agar sentiasa memastikan tahap kebersihan dan keselamatan pada makanan dalam produk yang dijual.

“Kita harap peniaga makanan di Johor dapat memastikan makananan dijual mereka selamat dan berkualiti untuk dimakan. Ini penting supaya kesihatan masyarakat terjaga dan tidak terjebak dengan penyakit bawaan makanan dan juga minuman,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.