fbpx
Now Reading
Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Semua Surau & Masjid Di Wilayah Persekutuan Mulai 30 September

Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Semua Surau & Masjid Di Wilayah Persekutuan Mulai 30 September

JAWI bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka khususnya di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebentar tadi, 29 September mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu akan berkuat kuasa bermula esok, Jumaat (30 Sept) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas beliau, ia juga selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Pihak JAWI bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka khususnya di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

“Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.”

Selaras dengan kelonggaran itu, beliau turut mengajak umat Islam agar mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama ahli keluarga dan jiran tetangga demi kesejahteraan ummah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.