fbpx
Now Reading
Isu Konsert Depan Masjid Zahir Di Kedah: MBAS Kesal & Nafi Bagi Lesen, Akan Siasat Penganjur [Video]
Menari terkinja-kinja depan masjid

Isu Konsert Depan Masjid Zahir Di Kedah: MBAS Kesal & Nafi Bagi Lesen, Akan Siasat Penganjur [Video]

MBAS turut memaklumkan pihaknya hanya memberikan lesen busking, jualan termasuk trak makanan serta permainan kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial berhubung satu video yang memaparkan segelintir penonton menari dan melompat-melompat ketika persembahan sebuah kumpulan muzik dalam satu acara di Balai Seni, Kedah berlangsung.w

Menerusi video yang dikongsikan oleh @syrap_laychi kelihatan penonton di acara tersebut menari terkinja-kinja dan kedengaran latar belakang muzik yang begitu kuat seperti menjerit-jerit.

Aksi tersebut bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai kerana ianya dilakukan di hadapan Masjid Negeri Kedah iaitu Masjid Zahir, Alor Setar.

Nafi beri lesen, MBAS kesal dengan tindakan penganjur

Susulan daripada perkara itu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa lesen kepada penganjur festival bagi mengadakan konsert berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS menzahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terbabit serta menyifatkan ia tidak mengikut peraturan serta menyebabkan rasa tidak selesa orang awam di negeri berkenaan.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.

Hanya benarkan busking, jualan makanan dan permainan, siasatan akan dilakukan

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah dan memang tak ada kebenaran,” jelasnya.

Menurutnya lagi, MBAS turut akan melakukan siasat lanjut tentang hal berkenaan dan memanggil penganjur terbabit bagi mendapatkan penjelasan terhadap perkara itu.

Meskipun mendapat kebenaran tetapi aktiviti tersebut dilihat kurang sopan

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Najmi Ahmad memaklumkan walaupun acara tersebut mendapat kebenaran dari pihak berkaitan, namun aktiviti hiburan bagi penutup program tersebut pada 1 Oktober lalu, adalah kurang sopan.

“Program bermula pagi dengan aktiviti yang disusun oleh penganjur ketika itu semua nampak okay.. ada jualan dan sebagainya, tapi di penghujung program ada konsert pula.

“Pengisian yang macam itu amat-amat tidak wajar dan mencemarkan nama baik kita. (Negeri) kita tercalar dengan acara begini.

“Konsert (hiburan) tidak layak dibuat di dataran itu kerana ia di depan masjid dan belakangnya pula adalah pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Saya merakamkan kekesalan dengan apa yang berlaku,” jelasnya sewaktu dihubungi Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.