fbpx
Now Reading
Lebih Dua Minggu Diculik, Ejen Jualan Kosmetik Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga Tercinta
ejen jualan kosmetik kena culik selamat pulang ke pangkuan keluargaejen jualan kosmetik kena culik selamat pulang ke pangkuan keluargaejen jualan kosmetik kena culik selamat pulang ke pangkuan keluarga

Lebih Dua Minggu Diculik, Ejen Jualan Kosmetik Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga Tercinta

Rosnazirah Mohd Naim atau Azi dilaporkan berada dalam keadaan baik, tetapi mengalami tekanan emosi kerana dibawa lari bagi satu tempoh yang lama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa minggu lalu, tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) di media sosial, memaparkan insiden yang mengemparkan negara apabila seorang ejen jualan kosmetik didakwa dibawa lari dan diculik oleh sekumpulan lelaki di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36 tahun turut dilaporkan telah dibawa lari ke Thailand oleh beberapa individu.

Namun, hasil kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dengan Polis Diraja Thailand telah berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa dan dia dapat diselamatkan serta dibawa pulang ke Malaysia pada 29 September yang lalu.

Baca artikel berkaitan: Ejen Jualan Kosmetik Yang Diculik Berjaya Diselamatkan & Dibawa Pulang Ke Malaysia

Selamat pulang ke pangkuan keluarga

Terbaharu mangsa yang turut dikenali sebagai Azi dilaporkan sudah selamat pulang ke pangkuan keluarga suaminya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan, pada Isnin (3 Oktober).

Memetik laporan Kosmo, ketibaannya di kediaman tersebut sekitar jam 2.50 petang, turut diringi oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Azi yang dilihat berada dalam keadaan sihat itu turut menangis ketika memeluk bapanya, Mohd. Naim Awang, 70 serta ibu, Zahasnah Mohd. Zain, 61.

Jelas Muhamad Zaki, mangsa yang sampai di Kota Bharu pada awal pagi tadi memakai pakaian yang lain sebelum menukarnya untuk pulang ke kediaman keluarga suami.

Alami tekanan emosi

Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan yang baik, tetapi mengalami tekanan emosi disebabkan sudah dibawa lari bagi tempoh yang panjang.

“Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mangsa dan kita berjaya membawa pulang wanita itu ke pangkuan keluarganya.

“Polis sudah berusaha keras untuk membawa mangsa pulang. Keselamatan wanita itu merupaka aspek penting buat masa ini apabila dia sudah berasa di pangkuan keluarganya,” jelasnya ketika ditemui oleh media.

Biarkan mangsa bersama keluarga, siasatan tetap akan dijalankan

Katanya, buat ketika ini, pihak polis akan membiarkan mangsa bersama dengan keluarga serta dalam masa sama akan terus melakukan siasatan untuk mengetahui perkembangan kes berkenaan.

Tambahnya lagi, kes untuk menyelamatkan mangsa sudah menemui noktahnya, tetapi masih terdapat kes lain yang perlu disiasat tentang penculikan Azi tersebut.

“Kita tidak bercadang untuk meletakkan anggota polis untuk mengawal mangsa dan segala keputusan selepas ini bergantung kepada keadaan semasa,” jelasnya lagi.

Sementara itu, empat daripada tujuh suspek dalam kes berkenaan masih berada dalam tahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.