fbpx
Now Reading
Usahawan Wanita Dakwa Dilantik Jadi Pengarah Kewangan KDN Sudah Ditahan Polis

Usahawan Wanita Dakwa Dilantik Jadi Pengarah Kewangan KDN Sudah Ditahan Polis

Dia yang berusia 33 tahun ditahan oleh IPD Klang Utara, pada Selasa 4 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Isnin (3 Oktober) lalu, tular di Facebook satu video memperlihatkan seorang wanita yang mendakwa telah menerima satu jawatan tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Wanita tersebut yang dipercayai Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba yang merupakan seorang usahawan hartanah mendakwa dia telah dilantik sebagai Pengarah Kewangan (Director of Finance) KDN Malaysia.

Video berkenaan yang dimuatnaik oleh laman FB Pseudoscience Watch ternyata menarik perhatian netizen hingga ada yang merasakan kata-katanya hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan orang ramai.

Malah ada juga yang merasakan tindakannya keterlaluan dan cuba merendahkan kredibiliti KDN memandangkan peranan tersebut biasanya dijawat oleh pegawai awam berpangkat tinggi.

Polis Diraja Malaysia kemudiannya memaklumkan telah menerima satu laporan daripada Setiausaha Bahagian KDN berhubung video tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, siasatan awal mendapati, wanita tersebut menyamar sebagai penjawat awam bagi tujuan menipu.

KDN tak pernah lantik mana-mana individu untuk jawat jawatan DOF

“Pengadu membuka pautan video tersebut dan  melihat satu rakaman video yang memparkan seorang wanita yang menamakan dirinya Siti Nur Atiqah dengan mendakwa dirinya telah dilantik sebagai Pengarah Kewangan KDN,” katanya dipetik dari Utusan.

Menerusi video sama, turut dipaparkan tangkap layar laman web KDN yang telah diubah suai dengan menyatakan penama Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

Sudah ditahan polis

Terbaharu Wan Kamarul Azran memaklumkan wanita berkenaan sudah pun ditahan polis.

Dia yang berusia 33 tahun ditahan oleh IPD Klang Utara, pada Selasa 4 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini (5 Oktober) hingga 7 Oktober nanti bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.