fbpx
Now Reading
‘Mana Ada Kosong’ – Lembaga Pembangunan Langkawi Jawab Dakwaan Pantai Cenang Makin Lengang

‘Mana Ada Kosong’ – Lembaga Pembangunan Langkawi Jawab Dakwaan Pantai Cenang Makin Lengang

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, jumlah pelancong yang masuk ke Langkawi sepanjang tahun ini sehingga bulan lalu adalah seramai 1.8 juta orang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki mengatakan Pantai Cenang yang berada di Pulau Langkawi semakin lengang ketika waktu hujung minggu.

Susulan video tular tersebut, terdapat ramai pihak yang mendakwa antara punca kawasan pelancong itu tidak lagi dikunjungi para pelancong kerana kos yang semakin meningkat.

Baca artikel berkaitan: [Video] “Kosong Weyh!” – Pelancong Terkejut Hujung Minggu Pantai Cenang Lengang, Ramai Dakwa Sebab Mahal

Dakwaan Langkawi kosong tidak benar

Bagaimanapun, dakwaan yang mengatakan Pulau Langkawi sudah tidak menjadi tumpuan percutian ternyata tidak benar apabila jumlah pengunjung ke sana mencatat kemasukan sebanyak 250,000 orang pada bulan September.

Hal ini dibuktikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib yang berkata jumlah pengunjung yang direkodkan melebihi kemasukan pada bulan sebelumnya iaitu seramai 208,069.

Foto: malaymail

Jumlah pelancong ke Langkawi sehingga bulan lalu cecah 1.8 juta orang

Menurut Nasaruddin, jumlah pelancong yang datang ke Langkawi sepanjang tahun ini sehingga bulan lalu adalah seramai 1.8 juta orang.

“Data tersebut dikumpul setiap hari melalui semua pintu masuk Langkawi,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian 8th World Carrom Championship 2022, Isnin lalu (3 Oktober).

Foto: malaymail

Menurutnya lagi, angka-angka tersebut sekaligus menepis dakwaan yang dihebohkan di media sosial mengenai kedatangan pelancong ke Langkawi yang dikatakan semakin berkurang.

“Pulau Langkawi terus menerima jumlah kemasukan pelancong yang memberangsangkan,” katanya lagi.

Pertandingan 8th World Carrom Championship 2022 turut mendapat sambutan

Malah pertandingan karom yang dianjurkan juga mendapat sambutan daripada 18 buah negara dengan 250 orang peserta dari Jerman, Korea, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Kejohanan tersebut juga sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi kemasukkan pelancong ke Langkawi.

“Ada dalam kalangan peserta yang membawa keluarga mereka bersama untuk menyertai kejohanan selama lima hari bermula semalam (3 Oktober). Ini sekali gus membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di Langkawi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib

Pada masa yang sama, Nasaruddin turut memaklumkan bahawa tiket masuk ke kereta kabel Langkawa SkyCab ditaja sepenuhnya kepada semua peserta kejohanan jika mereka berjaya mencecah 50 ‘slam’ atau menghabiskan perlawanan dengan satu kali jentikan sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.