fbpx
Now Reading
Isu Non-Halal Lift: Jakim Maklum Tiada Peraturan Khusus Letakkan Penanda Lif Barang Tak Halal
Non-halal Lift jakim jawab tiada ketetapan khusus

Isu Non-Halal Lift: Jakim Maklum Tiada Peraturan Khusus Letakkan Penanda Lif Barang Tak Halal

Menurut Jakim, tidak ada sebarang ketetapan yang memerlukan pihak hotel mahupun premis dalam meletakkan penandaan ‘non-halal lift’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di Twitter apabila seorang peguam terkenal, Siti Kasim membuat satu ciapan tentang satu gambar yang diterima dari rakannya berkenaan ‘non halal lift’ di sebuah hotel terkemuka di ibu negara ini.

Dia kemudian bertanyakan kepada orang awam apakah rasional lif tersebut diwujudkan di hotel berkenaan.

Persoalannya itu bagaimanapun, telah dijawab oleh hotel tersebut yang menyatakan lif itu disediakan bagi kegunaan untuk membawa barangan yang tidak halal dan barangan yang mudah rosak.

Kata pihak hotel, ia juga merupakan salah satu peraturan dari pihak berkuasa untuk memastikan mereka menerima pensijilan halal.

Baca artikel berkaitan: Pihak Hotel Jawab Persoalan Siti Kasim Tentang Wujudnya Lif ‘Non-Halal’

Jakim maklum tiada peraturan khusus ditetapkan untuk lif bawa barang tak halal

Susulan isu tersebut, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan tiada peraturan khusus yang ditetapkan oleh pihaknya untuk menyediakan lif tertentu bagi membawa barang makanan tidak halal pada premis mahupun hotel.

Memetik laporan Kosmo, , berdasarkan kenyataan akhbar, Jakim memaklumkan bahawa pihaknya turut menafikan menetapkan arahan untuk membuat penandaan ‘non-halal lift’ di premis tersebut seperti yang didakwa.

Tiada peraturan menetapkan pihak hotel atau premis perlu letak penanda ‘non halal lift’

Jelasnya, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 menyatakan tidak terdapat apa-apa peraturan yang memerlukan pihak hotel mahupun premis untuk meletakkan penandaan berkenaan.

“Namun begitu, pihak hotel atau premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian dengan fasiliti hotel selaras prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.

“Kami ingin merujuk sebuah laporan media berhubung sebuah hotel di Kuala Lumpur yang meletakkan tanda ‘non-halal lift’ pada salah satu lif penerimaaan bahan mentah hotel berkenaan.

“Dalam laporan berkenaan turut menyatakan arahan berhubung penandaan ‘non-halal lift’ merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Jakim,” jelasnya.

Foto: Jakim
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.