fbpx
Now Reading
“Kita Tengah Runding, Ada Kemajuan” – Anwar Nafi PH Sudah Tolak MUDA

“Kita Tengah Runding, Ada Kemajuan” – Anwar Nafi PH Sudah Tolak MUDA

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil pula memaklumkan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat seawal-awalnya pada Rabu ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi (10 Oktober) menafikan laporan berita bahawa gabungannya telah menolak kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Beliau yang ditemui media sebaik selesai Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat PKR di Petaling Jaya, berkata sebaliknya rundingan yang sudah berlanjutan sejak bulan lalu itu masih berjalan dan terdapat beberapa kemajuan yang telah dicapai.

“Tak betul, kita tengah berunding (dan) ada kemajuan,” katanya ringkas kepada MalaysiaKini.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa sumber dalaman PKR mengesahkan bahawa Majlis Presiden PH sudah pun memutuskan untuk menolak permohonan MUDA menyertai gabungan parti itu.

Namun PH akan mengadakan pakatan pilihan raya (electoral pact) dengan MUDA bagi menghadapi pilihan raya ke-15 (PRU15 ).

Baca artikel berkaitan : MUDA Mahu Sertai Pakatan Harapan, Sasar 15 Kerusi Parlimen Bagi PRU 15 [Video]

Hanya diketahui Rabu ini

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil memaklumkan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat seawal-awalnya Rabu (13 Oktober) ini.

“Majlis Presiden akan putuskan…Tunggu kenyataan rasmi seawal Rabu ini,” katanya.

Beliau dalam masa turut menjelaskan mesyuarat pada malam tadi diadakan bagi membincangkan persediaan PKR di setiap negeri bagi menghadapi PRU15, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen.

Selain MUDA, satu lagi parti yang sudah menyatakan hasrat untuk untuk bekerjasama dengan PH secara rasmi dalam PRU15 adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.