fbpx
Now Reading
Lelaki Positif Dadah Tergamak Tendang, Tampar Ibu Kandung Hingga Patah Gigi

Lelaki Positif Dadah Tergamak Tendang, Tampar Ibu Kandung Hingga Patah Gigi

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, mangsa telah membuat lopran polis pada Jumaat lalu kerana bimbang dengan keselamatannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dadah antara musuh negara yang harus dibanteras, bermula dari pusher hinggalah ke tokan besar pasti ada saja yang masih menjalankan operasi haram dan terus membiak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Dadah juga mampu merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan, hal ini kerana seseorang penagih yang berada dalam keadaan gian akan sukar mengawal emosi serta sanggup bertindak diluar kawalan.

Belasah ibu kerana tak puas hati dengan jawapan hingga patah gigi

Begitulah yang terjadi dengan seorang lelaki di Padang Terap, Kedah apabila dia tergamak membelasah ibunya yang berusia 68 tahun sehingga patah gigi di rumah mereka hanya kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima pada Khamis lalu (6 Oktober).

Menurut laporan Awani, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, dalam kejadian jam 6:30 petang Khamis itu, suspek berusia 30-an bertanya kepada si ibu mengenai bilangan anaknya.

“Wanita itu telah menjawab hanya mempunyai empat orang anak, sedangkan suspek juga anak mangsa… jadi bilangan sebenar adalah lima.

“Suspek tidak berpuas hati dan tiba-tiba berang lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa sehingga giginya patah, selain menendang mangsa membuatkan wanita itu berlari masuk ke dalam bilik tidur,” katanya.

Mangsa buat laporan polis, bimbang keselamatan diri

Menurut Mulkiaman, susulan itu ibu suspek telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu (7 Oktober) kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.

Bertindak atas laporan, polis kemudiannya telah menahan suspek di kawasan kampung terbabit.

Suspek direman dua hari, ujian air kencing didapati positif dadah

“Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Suspek juga dipercayai terlibat dengan pengambilan dadah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.”

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.