fbpx
Now Reading
Perdaya Pelanggan Sertai Skim Pelaburan, Pegawai Bank Disyaki ‘Songlap’ Lebih RM14 Juta Dicekup Polis

Perdaya Pelanggan Sertai Skim Pelaburan, Pegawai Bank Disyaki ‘Songlap’ Lebih RM14 Juta Dicekup Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, setakat ini pihaknya telah menerima 47 laporan dengan jumlah kerugian lebih 14 juta melibatkan suspek yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (13 Oktober), seorang pegawai bank dicekup polis selepas dia disyaki menggunakan taktik licik dalam memperdayakan pelanggannya untuk menyertai satu skim pelaburan.

Lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai menawarkan skim berkenaan sebelum bertindak mengeluarkan wang akaun bank mangsa tanpa pengetahuan pemilik akaun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek ditahan selepas polis menerima satu laporan dari seorang pengurus kedai emas yang menyedari wang di akaunnya berjumlah RM850,000 telah dikeluarkan pada 14 Januari lalu.

Wang dikeluarkan oleh suspek tanpa kebenaran mangsa

Menurutnya, mangsa seorang wanita yang berusia 60 tahun itu mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh suspek di sekitar daerah ini tanpa kebenarannya.

“Siasatan mendapati mangsa berurusan dengan pengurus bank itu untuk memasuki skim pelaburan berjumlah RM130,000 pada 2 Disember 2020.

“Wanita itu kemudian mengizinkan suspek menguruskan akaun bank miliknya dan turut menyerahkan buku akaun bank bagi pelaburan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek ditahan atas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah

Bertindak atas waran tangkap yang dikeluarkan Mahkmah Majistret Klang pada Khamis (13 Oktober) polis kemudian bertindak menahan suspek.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan esok (14 Oktober). Empat pertuduhan dikenakan ke atas suspek dengan melibatkan kerugian RM164,000.”

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

Terima 47 laporan melibatkan suspek sama dengan jumlah kerugian lebih 14 juta

Tambah Hoong Fong, pihak polis setakat ini telah menerima 47 laporan polis dengan jumlah kerugian lebih RM14 juta dengan melibatkan suspek sama dan mangsanya adalah pelanggan bank berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dengan kerjasama pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Selangor,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.