fbpx
Now Reading
Dua Individu Patah Kaki, Lif Kondo Di Brickfields Jatuh Dari Tingkat 8

Dua Individu Patah Kaki, Lif Kondo Di Brickfields Jatuh Dari Tingkat 8

Ketika kejadian, enam individu dlaporkan berada di dalam lif iaitu dua lelaki, tiga wanita dan juga seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Enam individu berdepan detik cemas apabila lif yang dinaiki mereka di sebuah kondominium di Brickfields jatuh dari tingkat 8 sehingga ke tingkat bawah (GF).

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat malam (14 Oktober) di Kondominium Crescent Court yang terletak di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields itu, dua dari mangsa dilaporkan mengalami patah kaki.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam

Sehubungan itu seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam tadi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Salah seorang mangsa kanak-kanak dua tahun

Difahamkan enam individu itu terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan juga seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.