fbpx
Now Reading
Banjir Kilat Semakin Pulih, Hanya 43 Mangsa Dipindahkan Ke PPS Di Langkawi [Video]

Banjir Kilat Semakin Pulih, Hanya 43 Mangsa Dipindahkan Ke PPS Di Langkawi [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, laluan ke Gunung Raya masih ditutup ekoran terdapat empat runtuhan dan dikesan masih terdapat pergerakan tanah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Oktober), hujan lebat berterusan sejak pukul 4 pagi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Langkawi dilanda banjir kerana kenaikan paras air.

Susulan itu, tular beberapa video di laman media sosial tentang keadaan semasa di sana pada waktu kejadian tersebut sedang berlaku.

Kebanyakan kawasan terjejas telah pulih, kecuali di Padang Matsirat

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kebanyakan kawasan yang terjejas di Langkawi telah pulih seperti sediakala kecuali di Padang Matsirat.

Oleh itu, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Di Dewan Syifa Padang Matsirat masih dibuka untuk menempatkan 43 mangsa banjir yang terlibat

“Antara kampung terjejas adalah Kampung Limbong Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas di Padang Matsirat.

“Mangsa terdiri daripada 11 keluarga dengan 25 daripadanya adalah lelaki termasuk masing-masing seorang bayi dan warga emas, manakala baki selebihnya adalah wanita,” katanya hari ini (17 Oktober).

Laluan ke Gunung Raya masih ditutup buat sementara waktu

Dalam pada itu, Shariman berkata, laluan ke Gunung Raya masih ditutup buat sementara waktu kerana terdapat empat runtuhan dan dikesan masih terdapat pergerakan tanah.

“Terdapat juga satu rumah yang terjejas di kawasan Kuah akibat tanah runtuh,” katanya lagi.

44 mangsa terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh berjaya diselamatkan

Beliau turut memaklumkan, kesemua 44 mangsa yang terperangkap di kawasan rekreasi Air Terjun Telaga Tujuh sebelum ini telah berjaya diselamatkan petang semalam.

Terdahulu, media melaporkan kesemua mangsa yang terdiri daripada sekumpulan pendaki tidak dapat melintasi sungai di puncak air terjun itu ekoran arus deras disebabkan kepala air yang datang daripada atas bukit tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.