fbpx
Now Reading
“Silap, Patut Saya Pecat Semua Sekali” – Ismail Sabri Dedah Cerita Sebelum Bubar Parlimen

“Silap, Patut Saya Pecat Semua Sekali” – Ismail Sabri Dedah Cerita Sebelum Bubar Parlimen

Menurut Perdana Menteri itu, soal pembubaran Parlimen seharusnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menyatakan bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap yang tidak wajar.

Hal ini kerana 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) itu telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat bantahan.

“Dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat” – Ismail Sabri

“Saya ada bawa ke dalam mesyuarat Kabinet, supaya Kabinet tahu niat saya untuk membubarkan Parlimen. Memanglah ada berbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan.

“Saya beritahu dia orang, kalau you all (awak semua) tak setuju saya bubarkan sahaja Kabinet ni, dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali.

“Akan tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau ketika berucap pada Program Kestabilan dan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, semalam (17 Oktober).

Menurutnya, soal pembubaran Parlimen seharusnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Pembubaran parlimen diberitahu secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir

Tambah Ismail Sabri, hasrat membubarkan Parlimen itu turut dinyatakan secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir sebelum pembentangan Bajet 2023 serta meminta hubungan silaturahim sesama mereka terus terpelihara.

“Mesyuarat Kabinet terakhir ada saya beritahu semua, walaupun kita bertembung dalam pilihan raya, namun hubungan sesama manusia mesti dikekalkan.

“Kita tak payah nak berperang sampai ‘berpatah arang’. Kita pilihan raya sebulan atau sebulan setengah, selesai sampai itu sahaja. Kita sebagai umat Islam sesama kita ini tali silaturrahim harus kekalkan.

“Jadi saya sudah bagi ‘signal’ pada hari terakhir iaitu pagi sebelum Bajet 2023 dibentang,” katanya lagi.

Bubar Parlimen, bertujuan halang ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan

Terdahulu, media melaporkan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak sepatutnya dengan mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ujar Ismail Sabri, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada terjadinya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.