fbpx
Now Reading
Isteri Ketiga Didakwa Guna Parang Cederakan Isteri Keempat

Isteri Ketiga Didakwa Guna Parang Cederakan Isteri Keempat

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berkongsi suami atau dalam bahasa mudahnya bermadu sudah pasti bukan sesuatu yang diinginkan oleh rata-rata wanita.

Namun, jika seseorang suami itu mampu menjaga lebih daripada satu isteri dan juga isterinya rela bermadu, sudah pasti tiada masalah untuk mereka terus membina sebuah keluarga yang bahagia.

Tidak dinafikan juga, masih ada segelintir hubungan bermadu yang berakhir dengan pergaduhanan di antara satu sama lain.

Isteri ketiga cederakan Isteri keempat dengan parang

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang juga isteri ketiga apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas tuduhan mencederakan madunya yang juga isteri keempat dengan menggunakan sebilah parang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36 didakwa dengan sengaja mencederakan madunya yang berusia 41 tahun dengan menggunakan parang di sebuah rumah di FELDA Lui Timur, Jempul pada 4.30 petang, Ahad lalu (15 Oktober).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Pada mulanya, Ruslyzay mengangguk faham atas pertuduhan terhadapnya dan beberapa kali mengaku bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas diberi penerangan

Bagaimanapun, selepas diberi penerangan oleh mahkamah dan ditanya sama ada faham atau tidak pertuduhan yang dibacakan ke atasnya, dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah.

Ruslyzay yang sebelum itu mencelah bagi menafikan tuduhan terhadapnya menerima teguran Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi yang mahu dia menjawab soalan apabila ditanya sahaja.

Jaminan RM10,000 dan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa

Hakim kemudiannya mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa selain pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Menurut laporan Sinar Harian, Ruslyzay dalam rayuannya memberitahu, dia bertindak demikian kerana mahu mempertahankan diri.

Mahkamah turut menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak diwakili peguam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.