fbpx
Now Reading
Gara-Gara Berebut Tempat Duduk, Kakak Baling Pisau Pada Adik Sehingga Maut

Gara-Gara Berebut Tempat Duduk, Kakak Baling Pisau Pada Adik Sehingga Maut

Si kakak kemudiannya mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka bermula dari sengketa kecil, seorang remaja lelaki di Johor akhirnya maut selepas tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin tengah hari (20 Oktober) di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, ibu mereka mendakwa salah faham di antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya, 18, bermula gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung insiden sekitar pada 2.15 petang yang melaporkan mangsa maut ditikam.

Via Harian Metro

Baling pisau kerana berang dipersenda

Si kakak kemudiannya membuat pengakuan telah membaling pisau ke arah mangsa kerana berang dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek telah ditangkap dan perintah reman akan dipohon pada Khamis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.

“Bedah siasat akan dijalankan esok (20 Oktober) di Hospital Sultanah Aminah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.