Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seperti yang diketahui umum, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 10 Oktober lalu bagi membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat.
Pengumuman tersebut ternyata mendapat pelbagai respon di mana ada yang bersetuju dan ada juga yang bimbang memandangkan PRU15 bakal diadakan ketika negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang mungkin mengundang risiko bencana banjir.
Pengundi tetap harus mengundi walaupun cuaca mendung
Namun begitu, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata, pengundi masih perlu keluar mengundi meskipun pada waktu cuaca yang mendung.
Menurut laporan MalaysiaKini yang memetik Awani, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu mengatakan cuaca hujan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk rakyat tidak keluar mengundi.
“Kalau hujan pakailah payung” – Ahmad Maslan
“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.
“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya.
Dijangka jumlah keluar mengundi hanya 75% sahaja
Pada masa sama, Ahmad Maslan turut menjangkakan jumlah keluar mengundi pada PRU15 nanti hanya sekitar 75%, sedikit rendah dari anggaran rasmi 82.32% ketika PRU14 yang lalu.