fbpx
Now Reading
[PRU15] Tun M Sedia Bertemu Anwar Ibrahim, Bincang Kerjasama [Video]

[PRU15] Tun M Sedia Bertemu Anwar Ibrahim, Bincang Kerjasama [Video]

Beliau yang tampil menerusi satu video memaklumkan semua ini perlu dilakukan demi menyekat kemaraan Barisan Nasional dan Umno pada PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang tampil menerusi satu video memaklumkan semua ini perlu dilakukan demi menyekat kemaraan Barisan Nasional dan Umno.

 “Saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan,” kata Tun Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA).

Sindiran jilat ludah sendiri tak beri kesan asalkan matlamat teercapai

Tambah Tun M lagi, sebarang sindiran seperti ‘tidak tahu malu’ atau ‘menjilat semula ludah’ yang akan dilemparkan sekiranya beliau bekerjasama dengan Presiden PKR tidak akan memberikan kesan kepadanya asalkan mereka dapat mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Malah sikap sombong dan ego harus diketepikan demi merealisasikan matlamat mereka itu.

Kerjasama mereka terdahulu dengan mengetepikan semua perbezaan itu turut terbukti membawa kejayaan sehingga tertumbangnya Barisan Nasional. dalam pilihan raya berkenaan.

“Pertemuan dengan Anwar pada sebelum PRU14 memang benar. Bagi saya perasaan peribadi bersikap sombong, ego, kepentingan diri, tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait dengan agama, bangsa dan tanah air.”

“Yang penting matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai. Kejatuhan Najib menunjukkan kita telah melakukan sesuatu yang menjayakan kita,” kata beliau lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.