fbpx
Now Reading
Belajar 7 Hari Di China Sudah Jadi Doktor Gigi! KKM Serbu Klinik Haram Di Melaka

Belajar 7 Hari Di China Sudah Jadi Doktor Gigi! KKM Serbu Klinik Haram Di Melaka

Wanita ini ketika disiasat kemudiannya mengakui hanya mengikuti kursus ‘ijazah’ ekspres selama seminggu di China sekitar empat tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan hanya berbekalkan sijil kursus pergigian ekspres yang diikuti di China beberapa tahun lalu, seorang wanita mengambil jalan pintas meraih keuntungan dengan menjadi doktor gigi dan mengusahakan klinik haramnya di sebuah premis di Pandan Malim, Melaka.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia yang menyediakan perkidmatan merawat dan memasang bracers (pendakap gigi) di klinik haram tersebut didapati hanya mengikuti kursus ‘ijazah’ ekspres selama 7 hari di China sekitar empat tahun yang lalu.

Kegiatan wanita berusia 23 tahun ini bagaimanapun terbongkar selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyerbu premisnya dalam satu operasi pada Rabu, 19 Oktober lalu.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa KKM yang juga Ketua Operasi, Dr. Rosnah Atan, operasi serbuan dan penahanan wanita ini bersama dua pekerjanya dijalankan selepas KKM melakukan risikan selama sebulan hasil aduan daripada orang awam.

Pemeriksaan pada rekod daftar pelanggan di ‘klinik’ itu turut mendapati ianya sudah beroperasi hampir dua tahun.

“Mereka turut menjalankan beberapa perkhidmatan lain termasuk rawatan muka menggunakan mesin serta peralatan yang hanya boleh dikendalikan oleh doktor bertauliah,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Foto : Sinar Harian

Buat promosi di Instagram, tawar harga jauh lebih murah

Tambah beliau lagi, klinik gigi haram itu juga dikesan melakukan promosi dan mencari pelanggan di laman Instagram dengan menawarkan pemasangan pendakap gigi pada harga sekitar RM1,200 sehingga RM1,500, harga yang jauh lebih murah dari klinik berdaftar.

Malah wanita ini juga cuba mengaburi kegiatan haramnya dengan menyewa di sebuah premis tingkat dua bangunan kedai.

Foto: Melaka Hari Ini

“Pelanggan yang berminat pula akan membuat janji temu terlebih dahulu di Instagram sebelum datang mendapatkan rawatan di premis itu,” katanya lagi kepada Melaka Hari Ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 62 dan Akta 804 Akta Pergigian 2018 di mana amalan pergigian dilakukan oleh orang yang tidak berdaftar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.