fbpx
Now Reading
PRU15: Pelajar IPT Dapat 5 Hari Cuti Untuk Pulang Mengundi

PRU15: Pelajar IPT Dapat 5 Hari Cuti Untuk Pulang Mengundi

Menerusi surat edaran bertarikh 21 Oktober yang tular, pelepasan cuti selama lima hari buat pelajar IPT itu bermula pada 17 November hingga 21 November.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober telah menetapkan 19 November sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu mereka yang bermastautin di luar negeri (dalam negara) baik golongan pekerja mahupun pelajar pasti sudah menyusun jadual untuk pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Dalam memudahkan lagi urusan mahasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, 22 Oktober bersetuju untuk memberi pelepasan selama lima hari.

Menerusi surat edaran bertarikh 21 Oktober yang tular di media sosial, pemberian cuti tersebut akan bermula pada 17 November hingga 21 November.

Di dalam surat sama, KPT turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar yang mengesahkan perkara itu kemudiannya memaklumkan surat berkenaan sudah pun diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.

“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.