Video Temu Bual Najib Rakaman Lama Sebelum Dipenjara, Kata Jabatan Penjara Malaysia
Menurut Jabatan Penjara, hasil semakan mendapati rakam temu bual itu telah dirakam lebih awal sebelum beliau dipenjarakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (24 Oktober), media sosial hangat memperkatakan mengenai satu rakaman temu bual bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Video rakaman temu bual itu telah mengundang pelbagai spekulasi orang ramai memandangkan Najib Razak pada saat ini sedang menjalani hukuman penjara.
Malah ada yang mendakwa, Najib diberikan kebebasan untuk melakukan rakaman ketika berada di dalam penjara.
Susulan itu, Jabatan Penjara dalam kenyataannya hari ini (25 Oktober) telah menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri itu dibenarkan membuat rakaman video di dalam penjara.
Video temu bual tersebut dirakam sebelum Najib dipenjara
Menurutnya, hasil semakan mendapati video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum beliau dipenjarakan.
“Jabatan Penjara menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.
“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 itu juga menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya.
Jabatan Penjara mintak orang ramai tidak sebar maklumat tanpa semakan lanjut
Tambahnya, pihak Jabatan Penjara juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya.
“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.
Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta
Terdahulu, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Baca artikel berkaitan: