fbpx
Now Reading
Polis Tahan Suami Isteri Lepas Tular Video Anak Main Di Tepi Balkoni Rumah
Kanak-kanak main tepi balkoni rumah

Polis Tahan Suami Isteri Lepas Tular Video Anak Main Di Tepi Balkoni Rumah

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ibu bapa kanak-kanak berkenaan berada di dalam rumah semasa insiden itu berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 Oktober), tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi dua kanak-kanak yang sedang bermain di tepi balkoni sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur secara berbahaya.

Perkara itu juga turut menimbulkan rasa bimbang orang ramai yang khuatir sekiranya kanak-kanak itu terjatuh dari kediaman tersebut.

Polis tahan pasangan suami isteri disyaki cuai

Susulan itu, pihak polis telah berjaya menahan pasangan suami isteri yang dipercayai cuai semasa menjaga kanak-kanak berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam video tersebut kelihatan dua orang kanak-kanak berusia empat dan dua tahun sedang bermain di belebas tingkap kondominium berkenaan.

Satu laporan dibuat, siasatan dapati ibu bapa kanak-kanak ada di dalam rumah semasa kejadian

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.

“Pasangan itu telah diambil keterangan dan dibenarkan pulang manakala pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sekiranya didapati bersalah, pasangan itu akan didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya

Tinggal anak sendirian tanpa pengawasan adalah satu kecuaian

Pihaknya dalam masa sama, turut menasihati ibu bapa untuk tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan tersebut merupakan satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak.

Bagi mereka yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi ke IPD Wangsa Maju di talian 03-928992222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.