fbpx
Now Reading
Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Individu Jual PerantiSiswa – Annuar Musa
Individu jual Peranti siswa akan dikenakan tindakan tegas

Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Individu Jual PerantiSiswa – Annuar Musa

Tan Sri Anuar Musa dalam masa sama turut meluahkan rasa terkilannya apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawanb individu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat individu yang didakwa mahu menjual sebuah peranti yang diperoleh dari program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kerana ingin menukarkannya dengan peranti yang lain.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh individu berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu itu juga dipercayai ingin menjual peranti jenis Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang dimilikinya itu dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

Baca artikel berkaitan: Pelajar Jual PerantiSiswa Untuk ‘Upgrade’ Beli iPad Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Sahkan terdapat 14 kes penjualan semula, individu yang jual PerantiSiswa akan dikenakan tindakan

Susulan dari isu tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, semalam (25 Oktober) mengesahkan terdapat kes penjualan semula peranti yang dimiliki dari program itu dan memaklumkan tindakan yang tegas akan dikenakan kepada individu yang melakukan hal terbabit.

Memetik laporan Bernama, buat masa ini sebanyak 14 kes penjualan semula PerantiSiswa telah dikesan di seluruh negara, serta penelitian berhubung isu itu juga sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ada tindakan tertentu akan diambil terhadap penjual peranti, contohnya paparkan nama secara terbuka untuk pengetahuan umum di portal perantisiswa atau maklumkan kepada pihak universiti,” jelasnya.

PerantiSiswa adalah Inisiatif K-KOMM nak bantu mahasiswa

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu merupakan Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang bertujuan untuk membantu pelajar IPT yang berada dalam golongan B40.

Menurut beliau, tindakan untuk menjual peranti berkenaan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan ia dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Peranti yang diberi ada aplikasi untuk kesan lokasi

Katanya, peranti yang diberikan itu mempunyai beberapa aplikasi tertentu yang boleh mengesan lokasi alat elektronik tersebut berada di universiti mahupun lokasi lain.

“Peranti ini ada keupayaan untuk buat ‘tracking’ siapa pemilik yang telah jual dan ada beberapa peranti telah disekat penggunaannya,” ulasnya lagi dan memaklumkan peranti yang diberikan itu merupakan amanah serta ia tidak boleh dijual.

Annuar berkata tindakan mahu penjual peranti tersebut dianggap seperti melanggar ‘akujanji’ bagi menggunakan peranti terbabit untuk kegunaan sendiri, seperti yang persetujui penerima melalui tandatangan ketika mendapat alat berkenaan.

“Mungkin ada kaedah beli semua di masa akan datang”

“Perbuatan ini diharap dapat dihentikan segera… saya zahir rasa terkilan dan dukacita kerana penerima PerantiSiswa menjualnya secara terbuka dalam talian… saya fikir ia tindakan tidak wajar,” maklumnya.

Tambahnya lagi, K-KOMM juga bersedia untuk membuat kajian tentang pelaksanaan ‘buy back policy’ untuk penerima PerantiSiswa yang mahu menjual peranti mereka, jika ia tidak lagi digunakan.

“Mereka yang tidak mahu guna, mungkin ada kaedah ‘buy back’ yang sesuai selepas setahun… saya akan minta kaji kaedah berbanding jual peranti itu dengan harga murah… ia tindakan tidak baik,” jelasnya.

Annuar dalam pada itu, memaklumkan pihaknya komited untuk terus memberikan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada individu yang diluluskan dengan segera, walaupun wujud isu penjualan semula peranti tersebut daripada beberapa pihak.

“Saya telah letakkan sasaran untuk agihkan PerantiSiswa yang diluluskan sebelum 31 Nov ini. Pengedaran tetap disegerakan dan akan terus berjalan kerana kes-kes penjualan peranti ini adalah kecil,” katanya.

Untuk rekod, setakat 18 Oktober lalu pihaknya menerima sebanyak 473,311 pemohonan bagi PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang membabitkan 95,882 untuk fasa pertama manakala bagi fasa kedua ialah 378,429.

Nak jadikan PerantiSiswa anda sebagai second monitor. Baca artikel di bawah:

Lelaki Ini Ajar Cara Untuk Jadikan Gajet PerantiSiswa Sebagai Skrin Kedua Laptop

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.