fbpx
Now Reading
PRU15: Anwar Beri Bayangan, MB Selangor Akan Lawan Azmin Di Gombak [Video]

PRU15: Anwar Beri Bayangan, MB Selangor Akan Lawan Azmin Di Gombak [Video]

Azmin Ali yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Gombak pada PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 20 Oktober mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan tersebut sekaligus menidakkan ramalan orang ramai yang sebelum ini menyangkakan beliau mungkin mahu merampas kerusi individu yang digelarnya sebagai ‘pengkhianat’ sama ada di Parlimen Gombak yang disandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Parlimen Ampang yang disandang Datuk Zuraida Kamaruddin pula.

Terbaharu malam tadi, 26 Oktober, Anwar memberi bayangan bahawa PH akan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi merampas kembali kerusi Gombak.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata – saya ini panglima, saya mampu insya-Allah pertahankan,” kata Presiden PKR itu dipetik dari Malaysiakini.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Negeri Selangor di Parlimen Kuala Selangor.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Gombak pada PRU15.

Sekadar rekod, beliau yang telah berkhidmat di Gombak selama tiga penggal berjaya menewaskan pencabarnya pada PRU14 dengan majoriti 48,721 atas tiket PKR.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.