fbpx
Now Reading
Tular Video Air Terjun Di Pangsapuri Kerana Tangki Pecah, 6 Kereta Rosak Teruk [Video]
kereta rosak kena serpihan tangki pecah

Tular Video Air Terjun Di Pangsapuri Kerana Tangki Pecah, 6 Kereta Rosak Teruk [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut selain enam kenderaan yang mengalami kerosakan teruk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Ameiraaa, yang memaparkan keadaan di sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong, Selangor.

Menerusi video tersebut, kelihatan air dari atas bangunan berkenaan mencurah seperti ‘air terjun’ dan turut terkena pada beberapa kenderaan yang diparkir di perkarangan kawasan terbabit.

Sebaik sahaja air itu berjaya dihentikan, kelihatan orang ramai mula berkerumun di bahagian parkir untuk melihat kenderaan mereka yang terkena curahan ‘air terjun’ berkenaan.

6 kereta alami kerosakan teruk

Berikutan itu, sebanyak enam kenderaan milik penduduk pangsapuri itu dilaporkan rosak teruk kerana dihempap oleh serpihan tangki air yang pecah.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan semasa insiden jam 7.15 malam itu berlaku.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan, insiden itu berlaku kerana tangki air di blok A, Apartment Penaga Mas berkenaan pecah sebelum serpihan tangki dan bekalan air menimpa kereta.

Jelasnya, difahamkan tangki air pangsapuri tersebut dianggarkan berada di kedudukan 60 kaki.

Serpihan tangki air jatuh kena kereta di kawasan parkir

“Serpihan tangki air tersebut jatuh dan menimpa beberapa buah kereta. Jumlah kereta yang rosak adalah sebanyak enam buah dan mengalami kerosakan teruk.

“Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas,” katanya sewaktu dihubungi media.

Wan Kamarul dalam masa turut menasihatkan agar pemilik kereta yang terbabit dalam insiden itu untuk hadir ke Balai Polis Putra Perdana bagi membuat laporan agar dapat membuat tuntutan insuran kenderaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.