fbpx
Now Reading
Polis Panggil Lelaki Yang Tular Rosakkan ‘Kolam’ Deepavali
lelaki rosakkan kolam deepavai kena panggil polis

Polis Panggil Lelaki Yang Tular Rosakkan ‘Kolam’ Deepavali

Individu yang dipercayai merupakan kakitangan di sebuah hospital itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan pada hari ini (31 Oktober).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki sedang merosakkan ‘kolam’ Deepavali di sebuah hospital.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang merupakan kakitangan di hospital itu berjalan di atas ‘kolam’ rangoli berkenaan selain menguis hiasan itu menggunakan kakinya.

Malah, tindakan lelaki lengkap berbaju Melayu dan bersongkok itu turut mengundang kemarahan orang ramai kerana tidak menghormati kaum lain.

Polis panggil individu rosakkan ‘kolam’ Deepavali

Terbaharu, lelaki berkenaan dilaporkan akan dipanggil oleh pihak polis untuk diambil keterangan berhubung isu tersebut.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao memaklumkan, video berkenaan dikesan pada jam 7.45 malam semalam (30 Oktober) sebelum laporan berhubung perkara itu dibuat.

Panggil untuk beri keterangan hari ini

“Kakitangan itu dipanggil memberikan keterangan esok (31 Oktober) dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun,” jelasnya.

Vijaya Rao dalam masa sama turut menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati dengan tingkah laku serta tindakan yang dilakukan agar tidak menyebabkan kerharmonian negara terjejas.

KPJ Klang sedar tentang video tular yang didakwa kakitangan, tidak akan berkompromi dan jalankan siasatan

Sementara itu, Hospital Pakar KPJ Klang dalam kenyataanya memaklumkan pihaknya sedar tentang berkenaan video tular yang didakwa melibatkan salah seorang dari kakitangannya.

“KPJ Klang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku yang tidak hormat di kalangan kakitangannya di dalam kawasan hospital.

“Kami telah menjalankan siasatan secara dalaman berhubung video tersebut dan tindakan yang tegas akan diambil jika ia melibatkan kakitangan kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Foto: FB KPJ Klang
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.