fbpx
Now Reading
[Terkini] Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Bertanding PRU15

[Terkini] Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Bertanding PRU15

Punca sebenar Ustaz Kazim menarik diri masih lagi tidak diketahui namun ada yang menjangkakan ianya ada kaitan dengan pencalonan abangnya di DUN Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui semalam (1 November) berlangsungnya majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Selain pengguguran nama beberapa calon besar, majlis tersebut turut menarik perhatian orang ramai apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pencalonan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim (DUKE) yang akan bertanding di Parlimen Larut.

Baca artikel berkaitan :

PRU 15: BN Gugur 4 Nama Besar Termasuk Annuar & Shahidan, Cabaran Buat KJ Di Sungai Buloh

Shahidan Kassim Tetap Mahu Bertanding Pertahan Parlimen Arau

Menurut Zahid, pemilihan Ustaz Kazim memandangkan reputasi dan pengaruhnya yang besar di Perak yang sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Saarani umum penarikan diri DUKE

Namun siapa sangka, tidak sampai sehari pengumuman dilakukan, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding mewakili BN.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan perkara itu pada Pengumuman Calon Barisan Nasional di Ipoh sebentar tadi.

Sehubungan itu, Ustaz Kazim akan digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya pada majlis tersebut.

Punca sebenar tidak diketahui

Punca sebenar Ustaz Kazim menarik diri masih lagi tidak diketahui.

Namun ada yang menjangkakan ianya ada kaitan dengan pencalonan abangnya, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau atas tiket Perikatan Nasional (PN).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.